ASUS Zenfone Di Malaysia Penghujung April, Harga Bermula RM299


Minggu lalu, Abang Nara telah terbang ke Jakarta untuk menghadiri majlis pelancaran ASUS Zenfone untuk pasaran Asia Tenggara. Bertempat di Pullman Hotel Central Park, para media Malaysia yang hadir terkejut besar apabila harga untuk ASUS Zenfone ini diumumkan. Mana tidaknya, ia sangat murah dan sangat berbaloi dengan kualiti yang ditawarkan.
asus zenfone
Ada tiga jenis ASUS Zenfone yang bakal dijual di Malaysia iaitu Zenfone 4, Zenfone 5 dan Zenfone 6. Angka 4, 5 dan 6 itu adalah untuk kebesaran skrin dalam ukuran inci. Untuk Zenfone 4, harganya ialah RM299, Zenfone 5 RM599 dan Zenfone 6 RM899. Tak sampai RM1,000 pun. Memang mengejutkan sungguh harga yang ditawarkan. Abang Nara terus rasa nak beli masa itu jugak.
asus zenfonePasti anda terfikir, harga murah kualiti mesti tak berapa bagus. Itu adalah tanggapan yang salah. Dilengkapi dengan antaramuka khas ZenUI, kamera belakang Zenfone 4 kamera belakang 5-megapixel, Zenfone 5 dengan kamera 8-megapixel PixelMaster dan Zenfone 6 dengan kamera 13-megapixel PixelMaster. Apakah itu PixelMaster? PixelMaster adalah teknologi ASUS yang membolehkan penangkapan gambar ataupun video tanpa masalah dalam apa juga keadaan pencahayaan. Kiranya kalau dalam bilik yang kurang cahaya pun gambar confirm keluar cun melecun punya.

asus zenfone

Abang Nara sempat mencuba ZenUI yang digunakan sebagai antaramuka di Asus Zenfone ini. Ia amat pantas, lancar dan tidak ada tersekat-sekat. Salah satu ciri kegemaran ZenUi pada Abang Nara ialah “Record Call“. Bolehlah Abang Nara rakam perbualan telefon dengan wife dan anak tercinta. Bila rindu boleh mainkan kembali. Dan satu lagi ciri yang mantap ialah applikasi “Do It Later“. Untuk orang pelupa seperti Abang Nara, ia berfungsi sebagai peringatan untuk tugasan yang hendak dilakukan. Macam “reminder”  lah lebih kurang.

asus zenfone

Pelancaran Asus Zenfone ini telah dilakukan oleh Pengerusi ASUS Jonney Shih dan juga CEO Jerry Shen. Menurut mereka, ASUS Zenfone ialah sebuah produk dengan kualiti Apple iPhone tetapi pada harga yang mampu milik. Untuk makluman, Zenfone didatangkan dengan 3 warna utama Charcoal Black, Pearl White dan Cherry Red. Warna-warna “special edition” turut sama disediakan untuk mereka yang mahukan kelainan. Tapi bagi Abang Nara, warna Cherry Red dah cukup cantik dah.

asus zenfone

Sila tonton video di bawah untuk mengetahui lebih banyak informasi mengenai ASUS Zenfone:-


Untuk bacaan lanjut, anda boleh layari laman web Amanz yang memberikan ulasan secara lebih terperinci mengenai ASUS Zenfone ini. Apa yang pasti, bagi Abang Nara, ASUS Zenfone memberikan lebih banyak pilihan kepada para pengguna Malaysia untuk mendapatkan smartphone berkualiti pada harga yang amat-amat berbaloi. Serius Abang Nara teruja dengan usaha mantap ASUS ini.asus

Jangan lupa untuk LIKE Facebook ASUS Malaysia untuk mengetahui tarikh rasmi kemunculan ASUS Zenfone di Malaysia. Kalau anda berniat nak beli telefon baru, simpan dulu hasrat tersebut. Tunggulah kehadiran Zenfone terlebih dahulu. Anda pasti akan tidak menyesal.

Yang Ini Pun Best Jugak:-

Posted by AngeLina - April 22, 2014 at 10:16 am

Categories: Entertainment   Tags: , , , , , , ,

Fizz Fairuz Dan Almy Nadia Nikah Sabtu Ini


Kalau sebelum ini dikhabarkan bahawa Fizz Fairuz dan Almy Nadia akan bernikah pada 30 Mei, rupa-rupanya tarikh pernikahan mereka yang sebenar ialah 26 April bersamaan hari Sabtu ini. Almy Nadia telah mengesahkan tarikh ini dan lokasi pernikahan ialah di kampung pengantin perempuan, selepas waktu Asar.

almy nadia

Tahniah diucapkan atas berita baik ini. Makin cepat bergelar suami isteri, makin baguslah. Kata Almy menerusi Utusan Malaysia:-

Kami akan bernikah pada 26 April ini selepas waktu Asar, di kampung saya. Setakat ini, memang tiada apa-apa lagi (yang hendak dilakukan) memandangkan persiapan saya sudah lakukan sejak dari awal.

Belum rasa apa-apa lagi (perasaan nak bergelar isteri), mungkin selepas akad nikah itu saya akan kongsi perasaan saya. Majlis pernikahan ini memang untuk keluarga terdekat dan media sahaja

almy fizz

Tak sabar rasanya nak menatap wajah gembira Fizz Fairuz dan Almy Nadia Sabtu ini. Tahniah diucapkan. Semoga segalanya berjalan lancar.

Baca Yang Ini Pulak:-

Posted by AngeLina -  at 7:15 am

Categories: Entertainment   Tags: , , , , ,

Fiza Elite Beri Bayangan Rumah Tangganya Dengan Adam Sedang Bergolak


Ya kisah rumah tangga Fiza Elite dan Adam AF sememangnya mendapat perhatian ramai sejak kebelakangan ini. Bermacam-macam versi yang sudah Abang Nara dengari. Terbaru, katanya Fiza Elite telah hadir ke mahkamah untuk memfailkan permohonan cerai. Namun seperti biasa, desas-desus itu tidak disahkan oleh Fiza mahupun Adam. Kedua-duanya mengambil langkah berdiam diri.

fiza dan adam cerai

Namun menerusi akaun Instagramnya baru-baru ini, Fiza Elite telah memberikan sedikit bayangan mengenai keadaan rumah tangganya. Menerusi bait-bait ayat yang ditulisnya, banyak pihak membuat anggapan bahawa memang benar rumah tangga Fiza dan Adam sedang bergolak. Tulis Fiza:-

Salam semua. Maaf andai saya ada berbuat silap atau terkasar bahasa. Saya benar-benar berharap agar semua di luar sana memahami perasaan saya sekarang ini. Janganlah ditanya bermacam-macam jenis soalan. Saya ini cuma wanita biasa yang ke kadang lemah dan tak mampu untuk menanggung beban.

Tapi saya tahu dan pasti semua ini ketentuan dari pada ALLAH. Siapa yang mahu untuk jadi begini? Kalau disoal pada sesiapa pun, tak mungkin seseorang itu mahu menjalani kehidupan seperti saya. Hormatilah apa jua keputusan saya. Saya hanya merancang, tapi ALLAH lebih mengetahui segala-galanya.

Saya cuma perlukan sokongan daripada anda semua untuk saya terus kuat dan maju ke depan. Apa yang terjadi dan bakal berlaku biarlah jadi rahsia antara saya dan ALLAH. Tak perlu untuk saya berkongsi ke semua cerita peribadi saya kepada umum.

Harap semua dapat memahami ya. Doakan yang terbaik untuk kami. ALLAH adalah tempat saya berbicara dan mengadu, bukan dengan sesiapa pun. Kita sebagai makhluk ALLAH dan hambanya cuma perlu menadah tangan dan berdoa meminta pertolongan dari-Nya. Amin

fiza

Sedih la pula membaca luahan hati Fiza Elite ini. Memang benar tiada mana-mana pasangan suami isteri yang mahukan mahligai perkahwinan mereka berakhir dengan penceraian. Namun kalau itu adalah jalan terbaik, siapalah kita untuk menghalangnya? Semoga Fiza dan Adam dapat berbincang sedalam-dalamnya sebelum membuat sebarang keputusan. Sama-samalah kita doakan.

P.S: Toyota Passo baharu dilancarkan di Jepun

Baca Yang Ini Pulak:-

Posted by AngeLina -  at 4:15 am

Categories: Entertainment   Tags: , , , , , , , , ,

(VIDEO)Jawapan Don Daniyal – Kalau Bertanya, Mengapa Tiada Tanda Soal?


Ustaz Don Daniyal telah menjawab mengenai persoalan-persoalan yang dibangkitkan oleh kompilasi video yang menampilkan isi ceramah oleh Don yang dipotong sekerat-sekerat oleh seseorang.

Isu ini hangat minggu lepas, apabila video ceramah Don yang dipotong sekerat-sekerat dan dimuat naik oleh seorang individu Facebook yang menggunakan nama Nur Puteri Diyana. Isu ini seterusnya menjadi hangat apabila bekas pengacara TV3 Wardina Safiyyah Fadhlullah Wilmot mengongsikan video itu di laman Facebooknya beserta satu kenyataan:-

 photo wardina1.png

Wardina melalui akaun Instagramnya turut memuat naik satu gambar beserta kecaman berunsur sinis mengenai pengikut yang dipimpin ulama yang buta ke lubang neraka.

 photo 191218rlyl2jtwsfyly9g9.jpg

Entri ini telah dipadam oleh Wardina setelah menerima kritikan dari orang ramai.

Melalui rancangan ’30 Minit Bersama Ustaz Don Daniyal’ yang disiarkan di TV Al-Hijrah semalam, Don telah memberikan jawapan kepada persoalan-persoalan yang ditimbulkan oleh video kompilasi tersebut, iaitu tentang Bani Tamim, telaga Barahut dan Ikhwanul Muslimin.


Dalam video tersebut Don juga turut mengatakan yang sekiranya bertanya, perlu ada tanda soal. Ini dikira mungkin jawapan Don kepada kenyataan Wardina yang sebelum ini, setelah menerima kecaman pelbagai pihak, mengatakan dia sekadar bertanya kerana mencari kebenaran.

Don juga bertanya kepada Wardina setelah meminta maaf dengan lembut:-

Bagaimana saudari boleh wujud di dunia ini dalam keadaan orang berkata macam-macam tentang saudari?

Don bagaimanapun meminta agar pengikut kedua-dua pihak berhenti bergaduh dan ada menyebut tentang Wardina pernah menginspirasikan orang lain untuk memakai tudung.

Don juga menyebut tentang jawapan Ketua Pengarah Eksekutif TV Alhijrah, Che Wan Alias Che Wan Abdullah yang mengatakan kepada pembuat video-video sekerat iaitu:-

Bertakwalah pada Allah.

Lagi penjelasan tambahan tentang ceramah Don dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Post by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara.

Penjelasan lengkap telah turut diberi oleh rakan-rakan Ustaz Don seperti yang dilaporkan di laman ini, iaitu:-

1. Kisah rambut Asy-Syarif, Ustaz Don cerita tentang kisah Dato’ Harun Din.

2. Kisah telaga pula, Ustaz Don ambil daripada cerita Dr Zulkifli Al Bakri. Ini ada dalam Kitab Ghiza’ albab oleh As Safarini (si pembuat video ni kenal tak Imam As Safarini ?)

3. Kisah bani tamim, Ustaz Don ambil tafsiran badlishah – yang ini memang salah. Ustaz Don pun dah beritahu dalam video yang dikeluarkan dalam page : Ustaz Don Daniyal Don Biyajid : Solat & Selawat Tour – ia sekadar teori dan pendapat, boleh sahaja ditolak.

4. Kisah wudhuk – Ustaz Don petik dari Buku Dato’ Ismail Kamus.

5. Kisah niat – ini memang method Mazhab Asy Syafie.

6. Kisah doa ulama dalam berkumur, Ustaz Don tidak sebut hadith, maka tiada apa-apa halangan. Ia ada dalam kitab Imam al Ghazali dan lain-lain.

7. Kisah dhob / biawak – tiada kesepakatan ulamak ianya hadith palsu, Ikut kajian lebih terperinci ia hanya bertaraf dhaif. Maka ia boleh dipakai dalam bab Fadha’il (juga tentang Fadha’il Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam – jika siapa yang belajar Ulum Hadith akan tahu bahawa menggunakan hadith dhaif dibenarkan dengan syarat tertentu. Ramai alim ulamak gunakan hadith dhaif, Imam Bukhari pun ada koleksikan hadith dhaif dalam Al Adab al Mufrad) . Ia boleh diriwayatkan dengan menyebut ia hadith bersanad dhoief atau guna lafaz tamrih sahaja sebab ia berkaitan sirah dan dala’il nubuwwah, tak berkaitan aqidah dan hukum.

Untuk penjelasan seterusnya sila ke laman ini.

Baca Yang Ini Pulak:-

Posted by AngeLina -  at 1:16 am

Categories: Entertainment   Tags: , , , , , , ,

Linda Rafar Kini Sudah Bertudung?


Teringat zaman muda remaja dulu ada “crush” kat Linda Rafar. Orangnya memang cantik dari dulu sampai sekarang. Kini kecantikan itu semakin bertambah apabila Linda Rafar mula bertudung. Walaupun tidak menyatakan secara rasmi mengenai penghijrahannya ini, gambar-gambar terbaru yang dikongsikan olehnya menerusi akaun Instagram kesemuanya menampakkan dirinya cantik menutup aurat.

linda rafar bertudung

Sebelum ini, Linda dan keluarga diuji apabila anak keduanya, Rezaimen Keifli dilanda penyakit kronik yang sukar untuk dikenalpasti. Mungkin ujian itu sedikit sebanyak ada kaitan dengan perubahan Linda Rafar ini. Apa pun, tahniah diucapkan atas penghijrahan ini. Semoga terus istiqamah hendaknya.

linda rafar bertudung

Lagi beberapa gambar Linda Rafar manis bertudung dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar Instagram Linda Rafar.

P.S: Kisah menyayat hati hero dan heroin tragedi kapal Sewol, Korea

linda rafar bertudung
linda rafar bertudung
linda rafar bertudung
linda rafar bertudung
linda rafar bertudung
linda rafar bertudung
linda rafar bertudung
linda rafar bertudung

Yang Ini Pun Best Jugak:-

Posted by AngeLina - April 21, 2014 at 10:16 pm

Categories: Entertainment   Tags: , , , ,

Saya Tidak Perlu Untuk Menjawab Kepada Sesiapa – Sham Kamikaze


Susulan pendedahan mengejutkan mengenai sikap hipokrit dirinya oleh bekas isteri, Sham Kamikaze hari ini tampil menerusi laman Facebooknya untuk menjawab pertuduhan tersebut. Namun menerusi kenyataan yang diberikan, Sham tidak menafikan atau mengiyakan tuduhan bekas isterinya itu.

sham kamikaze

Tulis Sham Kamikaze:-

Assalamu’alaikum wbt.

Apa yang berlaku di antara saya dan bekas isteri saya sudah menjadi sejarah hidup saya. Dan jika pihak beliau masih tidak berpuas hati, maka itu adalah hak beliau untuk menuduh saya dengan pelbagai cerita bagi meraih simpati orang ramai untuk kepentingan peribadi.

Adapun perceraian telah difailkan di mahkamah 2 tahun yang lalu dan saya tidak nampak apa jua alasan untuk menjaja kisah rumahtangga, apatah lagi jika kenyataan media tersebut bermotifkan dendam dan memalukan saya di khalayak ramai. Sebagaimana diketahui umum, saya tidak pernah walau sekalipun membuat apa-apa kenyataan berhubung beliau, apatah lagi mengaitkan beliau dalam apa jua keadaan sebagaimana didakwa.

Saya tidak perlu untuk menjawab kepada sesiapa pun tentang perkara ini kerana saya dan beliau tidak mempunyai apa-apa ikatan lagi.

Saya doakan agar beliau terus tabah mengharungi hidup beliau dengan segala cara untuk bahagia Insya Allah.

Barakallahu fikum.

sham kamikaze

Langkah berdiam diri ini diambil oleh Sham untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan. Benar atau tidak tuduhan bekas isterinya, hanya Sham sahaja yang tahu. Ingatlah keikhlasan dalam beribadah amat penting. Jangan buat kerana mengharapkan pujaan dan redha orang lain. Buatlah kerana Allah.

Baca Yang Ini Pulak:-

Posted by AngeLina -  at 7:15 pm

Categories: Entertainment   Tags: , , , , , , , ,

Rebecca Nur Islam & Baju Merahnya Yang Amat…


Apabila Rebecca Nur Islam berhijrah memakai tudung baru-baru ini, Abang Nara antara orang yang paling gembira. Mana tidaknya, Rebecca sebelum ini memang terkenal dengan keseksiannya. Mungkin apabila bertudung, tahap keseksian itu akan berkurangan. Tiada lagi pakaian ketat-ketat yang menjolok mata. Akan lebih sedap mata memandang.

rebecca

Ku sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Terkejut beruk Abang Nara apabila melihat salah satu gambar yang dikongsikan oleh Rebecca Nur Islam di akaun Instagramnya. Bahagian atas sudah cantik dilitupi tudung, namun bahagian bawahnya. Ish,ish ish. Lebih ketat daripada biasa. Seram sejuk melihatnya.

rebecca nur islam ketat

Agak kelakar juga apabila Abang Nara membaca komen-komen para pengguna laman sosial yang menggelarkan pemakaian Rebecca Nur Islam sebagai “Teletubbies “, Sekali pandang memang nampak sama kan? Diharap Rebecca mendalami lebih dalam lagi apa itu erti bertudung. Kalau bertudung tapi pakai macam ini, tak berguna jugak kan? Seumpama tadah air dengan tempayan tapi tempayan itu pecah di tengah-tengah. Tak gitu?

Baca Yang Ini Pulak:-

Posted by AngeLina -  at 4:15 pm

Categories: Entertainment   Tags: , , , , ,

« Previous PageNext Page »